Pele paling menyerah di final - Utusan Malaysia

Pele paling menyerah di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA hampir mencapai usia 30 tahun, Pele mempertimbangkan hasrat untuk bersara daripada dunia bola sepak menjelang Kejohanan Piala Dunia 1970, namun mengambil keputusan untuk beraksi di kejohanan bola sepak terulung itu.

Keputusan itu diubah selepas dia memaklumkan perkara itu kepada kelabnya, Santos.

“Saya memberitahu Santos adalah juara, saya mahu bersara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian saya mengubah pendirian untuk beraksi di Piala Dunia dan ia akan menjadi Piala Dunia terakhir.

“Saya berharap Tuhan akan memberikan saya kekuatan untuk beraksi dengan baik,” katanya.

Dia terpaksa beraksi dalam pusingan kelayakan selepas gagal mempertahankan kejuaraan pada 1966 dengan Pele menjaringkan enam gol dalam enam penampilan.

“Kami menjuarai Piala Dunia dan saya melihat kehidupan saya sempurna dalam dunia sukan,” katanya lagi.

Pertahanan Itali, Tarcisio Burgnich menyifatkan Pele sebagai pemain luar biasa: “Saya memberitahu diri saya bahawa dia sama seperti pemain lain dan jelas saya silap.

Bagaimanapun aksi penjaga gawang England, Gordon Bank paling diingati ketika dia berjaya menyelamatkan tandukan padu Pele dalam kejohanan itu dan ia disifatkan sebagai aksi terbaik sepanjang zaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN