KUALA LUMPUR 13 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelantikan tiga menteri kanan Kabinet semalam dibuat tanpa mengetepikan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri berkata, selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang membincangkan dasar-dasarnya, ia juga dilakukan melalui Jawatankuasa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen serta dipengerusikan beliau sendiri. Beliau berkata, ini kerana Majlis Kepimpinan Tertinggi sukar untuk membuat perjumpaan dengan kerap…










