PEKAN 12 Mei – Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada Istana Pahang mengenali muka baharu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu lepas. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penangguhan itu juga dilakukan kerana baginda merasakan ‘ia perlu dilakukan’ dan tiada sebab lain. “Saya perlukan masa dan tiada masalah untuk…










