DUNGUN – Seorang pelajar maut manakala tiga lagi remaja cedera dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Tebing Tembah, Paka di sini semalam. Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, Muhammad Afiq Danial Abdul Rahim, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Datuk Engku Bijaya Sura di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. Ketika kejadian, Muhammad Afiq dikatakan membonceng motosikal jenis C70 bersama rakannya, Muhammad Abdul Hadi Mohammad Zulkifli, 13, dalam perjalanan menuju ke sebuah masjid berhampiran dari Kampung Tebing Tembah di sini. Sebuah lagi motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya