Pelajar lelaki disambung reman bantu siasatan kes bunuh rakan sekolej - Utusan Malaysia

Pelajar lelaki disambung reman bantu siasatan kes bunuh rakan sekolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Tempoh tahanan reman seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional Port Dickson yang disyaki menyebabkan kematian seorang penuntut perempuan pada minggu lalu dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok. 

Perintah sambung reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak ke atas suspek berusia 19 tahun itu selepas permohonan dikemukakan oleh pihak polis.

Terdahulu, suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lalu yang berakhir hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, (gambar kecil) yang belajar di Kolej Vokasional Port Dickson ditemui mati dengan kesan cekik pada leher di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata pada 24 Mei lalu. 

Mayatnya ditemui oleh seorang lelaki yang membuang sampah di kawasan tersebut pada pukul 10.30 malam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis. 

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa di Taman Selasih, berhampiran kolej tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN