Pekerja ladang sawit maut digilis lori - Utusan Malaysia

Pekerja ladang sawit maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARUDI – Malang menimpa seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia apabila dia menemui ajal selepas digilis sebuah lori dalam satu kejadian di Telliana Plantations, Bakong di sini pukul 3.20 petang semalam.

Mangsa, Bakir Daeng Serang, 43, maut akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah mangsa disyaki terjatuh dari tempat duduk penumpang sebelum digilis lori sawit jenis Jin Lu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa kemudian digilis tayar belakang kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun, pihak polis hanya menerima laporan kejadian itu pada pukul 10.52 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alexson menambah, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Marudi untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis telah merakam keterangan daripada pemandu lori berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini