JOHOR BAHRU 30 Mei – Pegawai Jabatan Imigresen yang mengasari seorang pekerja asing telah dipindahkan daripada bertugas di bahagian kaunter. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut tentang kejadian itu. “Sebelum dikenakan tindakan, siasatan akan dijalankan terlebih dahulu. “Namun pegawai terlibat sudah dipindahkan daripada bertugas di bahagian kaunter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini sebentar tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 9 pagi ini. Tindakan pegawai berkenaan kini tular dalam media sosial. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya