Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, Singapura bekerjasama bawa pulang wang diseleweng daripada 1MDB - Utusan Malaysia

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, Singapura bekerjasama bawa pulang wang diseleweng daripada 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Mei – Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia dan Singapura bersetuju untuk bekerjasama bagi membawa pulang sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada 1MDB.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan memberitahu, kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.

“Selain itu, pasukan ini juga akan melakukan jejak kewangan (money trail) bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan selepas pertemuan dua hala berkenaan, di sini hari ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB itu yang bermesyuarat untuk kali keempat dipengerusikan secara bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat yang diadakan hari ini juga telah dihadiri oleh sembilan pegawai kanan pasukan siasatan Singapura terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, Autoriti Kewangan Singapura (MAS).

Katanya, bagi pihak Malaysia pula diwakili oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN