Pasukan Petugas Khas 1MDB bermesyuarat kali pertama hari ini - Utusan Malaysia

Pasukan Petugas Khas 1MDB bermesyuarat kali pertama hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Anggota Pasukan Petugas Khas 1MDB buat pertama kali mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan bekas  Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador.

SPRM dalam satu kenyataan memaklunkan, mesyuarat tersebut membincangkan secara terperinci tindakan lanjut melibatkan kes 1MDB yang perlu diambil.

“Tumpuan diberikan ke atas pengesanan aset, membawa balik semua wang dan aset hasil daripada aktiviti kesalahan kes 1MDB.

“Tindakan jenayah ke atas pihak-pihak terlibat melalui Akta SPRM/AMLA dan Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu di hari ini.

Pasukan Petugas Khas itu dilantik oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas secara telus, adil dan profesional.

Mesyuarat seterusnya akan berlangsung esok. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN