IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan Barisan Nasional (BN) agar membuktikan parti tersebut telah mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.
![]() |
|
SULTAN NAZRIN
|
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, baginda bertitah demikian sejurus selepas menerima menghadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) di Istana Kinta di sini.
“Baginda telah memberi pilihan kepada PH yang mempunyai majoriti paling besar iaitu 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan syarat parti itu mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi DUN,” katanya ketika ditemui di hadapan Istana Kinta di sini.
Jelasnya, Pejabat Sultan Perak telah menerima surat daripada BN yang memaklumkan parti itu mempunyai majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan.
“BN memenangi 27 kerusi dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Pas yang memenangi tiga kerusi telah disembah maklum mereka bersetuju untuk membentuk satu kerajaan bersama BN.
“Bagaimanapun, baginda mahu meneliti dan mengesahkan surat tersebut dan BN diminta membawa kesemua 30 ADUN itu bagi membuktikan mereka ada sokongan daripada 30 orang itu,” katanya.










