PUTRAJAYA – Pemindahan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kementerian Kewangan bukanlah satu transaksi jual beli.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu disahkan oleh pegawai-pegawai di kementerian itu.
“Ini adalah konsisten dengan saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendapati 1MDB tidak mempunyai keupayaan kewangan, kemampuan untuk membangun atau menjual aset-aset hartanah tersebut.
“Oleh sebab itu, PAC telah mengesyorkan supaya Kementerian Kewangan mengambil alih aset-aset tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










