P. Pinang setuju potong 10 peratus gaji KM, Exco untuk Tabung Harapan - Utusan Malaysia

P. Pinang setuju potong 10 peratus gaji KM, Exco untuk Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 31 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri bersetuju supaya gaji Ketua Menteri dan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dipotong sebanyak sebanyak 10 peratus berkuat kuasa esok hingga terdapat arahan baharu untuk menghentikan pemotongan tersebut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara itu berkata, nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan yang diperkenalkan di peringkat kerajaan Pusat.

“Berikutan keputusan itu, gaji pokok Ketua Menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 sebulan manakala gaji 10 ahli MMK pula akan dipotong sebanyak RM1,210.92 tiap seorang.

“Ini menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan (Kerajaan PH Pulau Pinang) kepada Tabung Harapan ialah sebanyak RM13,526.80 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN