Nur Alya Damia minta bapa cari tempat latihan industri - Utusan Malaysia

Nur Alya Damia minta bapa cari tempat latihan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah anak melalui  telefon dua hari lalu meminta saya carikan dia tempat latihan industri sekitar Shah Alam dan Klang,” kata bapa pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia, yang dipercayai dibunuh malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hairi Jamil, 45, yang menetap di Klang, Selangor berkata Nur Alya Damia, 19, yang merupakan pelajar pengajian tahun akhir Diploma Rangkaian Komputer, tinggal menyewa bersama tiga rakan sekelasnya di Taman Selasih, tidak jauh dari KVPD.

Beliau berkata kali terakhir anaknya pulang ke rumah pada minggu lepas untuk bertemu keluarga.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu dan saya benarkan dia pulang ke kolej memandu kereta dan dalam masa sama, arwah turut menghantar adiknya yang belajar di Sekolah Menengah Teknik Seremban,” katanya.

Hairi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Hospital Port Dickson (HPD), di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di bilik mayat HPD mendapati sudah ramai anggota keluarga dan rakan kolej menunggu untuk proses bedah siasat sebelum jenazah boleh dituntut keluarga.

Jenazah Nur Alya Damia akan dibawa pulang ke Klang, Selangor dan akan dikebumi selepas solat Asar.

Media melaporkan Nur Alya Damia ditemukan mati dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh di dalam kereta oleh bekas kekasihnya, sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata di sini, kira-kira 10.30 malam tadi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN