Nilai bonus Aidilfitri kakitangan awam belum muktamad - Utusan Malaysia

Nilai bonus Aidilfitri kakitangan awam belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan akan memberi bonus sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah bonus tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Ya, kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tahu lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PBBM, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) supaya kerajaan Pakatan Harapan menyediakan tanah seperti rancangan Felda dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum terutama kaum India, Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan mempertimbangkan perkara tersebut.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga akan mengkaji sama ada untuk mengekalkan atau memansuhkan beberapa agensi-agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu termasuk Biro Tatanegara (BTN).

“Banyak agensi yang ditubuhkan kita dapati bukan untuk kerajaan tetapi untuk Barisan Nasional (BN), mereka gunakan wang kerajaan untuk bayar gaji,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN