Neymar semakin cergas - Danilo - Utusan Malaysia

Neymar semakin cergas – Danilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Mei – Bintang Brazil, Neymar semakin cergas pada setiap hari setelah penyerang itu pulih daripada kecederaan patah kaki, kata rakan sepasukannya, Danilo sewaktu kem latihan pra-Piala Dunia di London, hari ini.

Pemain Paris Saint Germain itu ditimpa kecederaan pada Februari dan tidak bermain sejak itu, dengan sepak mula Piala Dunia hanya tinggal dua minggu lagi di Rusia.

“Dia semakin baik hari demi hari, semakin laju, tangkas dan kian sukar mengekang pergerakannya di benteng pertahanan.

“Dia sangat laju, sukar untuk anda mengagak sama ada mahu pergi ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang. Kami berharap dia 100 peratus bersedia ataupun bersiap sedia secepat yang mungkin,” kata pemain Manchester City, Danilo, yang mengenali Neymar sejak bermain di Santos lagi.

Brazil akan beraksi menentang Croatia di Liverpool pada 3 Jun ini dan bertemu Austria di Vienna 10 Jun, sebelum mengharungi perlawanan pembukaan Piala Dunia dengan Switzerland pada 17 Jun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN