Nenek dan cucu rentung dalam kebakaran di Bentong - Utusan Malaysia

Nenek dan cucu rentung dalam kebakaran di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang nenek dan cucunya dijumpai rentung, manakala seorang lagi anggota keluarga mereka cedera dalam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah di Kampung Baru Cina Repas, Bentong awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harun berkata mangsa Lay Sam Kiw, 78, dan cucu lelakinya yang juga merupakan orang kurang upaya, Chong Way Leong, 23, ditemui mati terperangkap di dalam rumah mereka.

Seorang lagi anggota keluarga mereka yang cedera ialah Chong Tien Sang, 50.

“Bomba mendapat panggilan kecemasan pada 1.22 pagi dan telah menghantar tiga jentera serta 25 anggota bomba ke lokasi kejadian. Sebaik tiba didapati didapati keadaan rumah yang terlibat terlalu rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

“Ia menyebabkan empat buah rumah musnah 100 peratus, sebuah musnah kira-kira 20 peratus dan empat lagi musnah kira-kira lima peratus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN