SUKAN badminton negara diselubungi berita sedih semalam apabila bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit. ALLAHYARHAM ELYAS Elyas, 82, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.15 petang. Jasa besar Elyas ketika memegang pucuk pimpinan BAM pada 1985 hingga 1993 ialah memimpin Malaysia menjulang Piala Thomas di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1992. Beliau yang juga…










