KUALA LUMPUR – Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial, kata Duta China ke Malaysia Bai Tian. Katanya, pihaknya akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk bekerjasama dalam membuka penyertaan cadangan nama anak panda itu kepada orang ramai dalam masa terdekat. “Kami akan mengumumkan penyertaan pengguna media sosial untuk mencadangkan nama anak panda itu apabila tiba masa yang…










