Najib tiba di Pekan - Utusan Malaysia

Najib tiba di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 20 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di daerah ini hari ini yang merupakan kunjungan pertama ke kawasan Parlimen diwakilinya itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Najib yang berbaju kemeja biru tua manakala Rosmah berbaju kurung bunga kuning dan selendang kuning tiba di kediaman mereka di Seri Kenangan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kira-kira 3 jam selepas meninggalkan Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka disambut kepemimpinan UMNO Bahagian Pekan dan penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini adalah penampilan pertama Rosmah di khalayak ramai sejak polis memulakan pemeriksaan di rumahnya di Jalan Langgak Duta yang menyaksikan rampasan wang tunai dan barang mewah bernilai berjuta ringgit.

Najib berkata, beliau pulang ke Pekan kerana rakyat di situ mahu beliau pulang.

“Mereka mahu menunjukkan penghargaan mereka dan terus menyokong saya untuk semua perkara yang saya buat.

“Mereka mahu saya terus berkhidmat kepada mereka sebagai ahli Parlimen. Saya saya bersyukur pulang ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Pada pukul pukul 4 petang ini, Najib dijadual diberikan sambutan sebagai tanda sokongan kepadanya oleh Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Majlis Permuafakatan NGO Parlimen Pekan di pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Pekanm

Selepas itu, pada pukul 5 petang, beliau dijadual merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.

Najib juga dijadual hadir majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat terawih di Seri Kenangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini