Najib akan bantu bangunkan UMNO  - Utusan Malaysia

Najib akan bantu bangunkan UMNO 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan terus membantu membangunkan semula UMNO meskipun sekadar di peringkat bahagian. 

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mahu perjuangan diteruskan meskipun UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi menjadi parti kerajaan. 

Menurutnya, setiap ahli parti tidak seharusnya terbawa-bawa dengan rasa hiba tetapi perlu mengumpul kekuatan untuk memperkukuhkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air dibawah nama UMNO. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perjalanan negara hingga saat ini sinonim dengan UMNO. Kita membangunkan negara, mencipta dan merosakkan. Khidmat dan perjuangan kita adalah untuk rakyat. 

“Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka dan sekarang kita perlu bergerak dengan cara berbeza iaitu memperjuangkan isu rakyat, malah kita mesti tunjuk pada rakyat kita ikhlas dalam perjuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Pekan bagi tahun 2018 di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini