N. Sembilan tekad bangkit di Larkin - Utusan Malaysia

N. Sembilan tekad bangkit di Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEGERI Sembilan yang berada di tangga tercorot liga tekad bangkit pada pertemuan menentang pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Dalam aksi pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 5 Mei lalu, skuad Rusa kecundang 0-4 kepada pasukan Harimau Selatan itu.

Pertahanan skuad Hobin Jang Hobin, Mohd. Rizal Fahmi Rosid berkata, meskipun JDT memiliki reputasi baik selain kelebihan beraksi di laman sendiri, dia dan rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan gol.

“Berdasarkan perancangan ketua jurulatih baharu, Mario Lemos, misi kami ke Larkin bukan untuk bermain secara bertahan tetapi akan mengubah corak persembahan dengan le­bih banyak serangan untuk mendapatkan gol.

“Walaupun JDT merupakan pasukan terkuat dalam Liga Super, tidak mustahil untuk kami memberikan saingan sengit kepada mereka sekali gus me­ngutip mata berharga pada pertemuan ini,” katanya. 

Mohd. Rizal berkata, bagi meraih keputusan baik dalam perlawanan itu, skuad Rusa perlu mengekalkan disiplin dan pa­ling utama fokus kepada arahan yang diberikan jurulatih agar kesilapan dapat dibendung.

“Dalam pertemuan dengan JDT nanti, kita sedia maklum pasukan itu sudah pasti akan mengekalkan aksi pantas untuk mendapatkan gol. Jadi, setiap pemain Negeri Sembilan harus sentiasa bersedia mengekang asakan pihak lawan yang boleh menjaringkan gol dalam situasi sukar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN