Myanmar arah pelarian Rohingya tinggalkan zon sempadan - Utusan Malaysia

Myanmar arah pelarian Rohingya tinggalkan zon sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOMBRU 20 Mei – Tentera keselamatan Myanmar menyiarkan semula siaran pembesar suara berhampiran sempadannya dengan Bangladesh dengan mengarahkan etnik Rohingya Islam untuk segera meninggalkan kawasan tanah tidak berpenghuni antara dua buah negara itu, kata para pelarian hari ini.

Kira-kira 6,000 pelarian telah berkhemah di kawasan sempit berkenaan selepas melarikan diri daripada kezaliman penindasan tentera di barat Myanmar pada Ogos lalu.

Myanmar telah bersetuju pada Februari lalu untuk berhenti menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan etnik tersebut meninggalkan kawasan itu dengan segera dan menyeberang Bangladesh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, menurut pemimpin komuniti Rohingya, pesanan pembesar suara itu disiarkan semula minggu ini tanpa sebarang amaran.

“Mereka menyiarkannya beberapa kali semalam dan mengulanginya pagi ini. Ia sangat menggaggu dan menyebabkan panik,” kata Mohammad Arif, salah seorang pemimpin yang berkhemah di tanah tidak berpenghuni itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini