KOTA KINABALU – Istana Negeri menyerahkan surat rasmi yang mengarahkan Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah di sini hari ini. Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Negeri Sabah, Abinan Asli menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit Tan Sri Musa Aman, Eftendi Sunoh. Menurut Abinan, kandungan surat itu menjelaskan Musa bukan lagi Ketua Menteri Sabah. Difahamkan, surat berkenaan telah dikeluarkan pihak istana atas arahan Yang Dipertuan Negeri, Tun Juhar Mahiruddin…










