Polis siasat kes bapa cabul anak

Polis siasat kes bapa cabul anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kejadian pelajar perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa cabul bapa dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Difahamkan, remaja perempuan itu menceritakan detik hitam dilaluinya kepada seorang gurunya semalam sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan supaya kejadian sama tidak berulang. 

Pelajar itu mendakwa kejadian itu berlaku sejak remaja itu berusia 12 tahun. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi, semalam.  

Bagaimanapun katanya, kes dirujuk dan disiasat oleh Unit D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. 

Menurutnya, suspek juga sudah ditahan pihak berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×