SALVATORE Schillaci berdepan detik cemas apabila diserang 3,000 peminat yang mengerumuni keretanya dan kemudian meludah ke arah tingkap dan menendang badan kereta tersebut.
Itu merupakan sambutan selamat datang yang diterimanya ketika menyertai latihan pra-Piala Dunia skuad The Azzurri di Florence apabila dia secara tidak sengaja memandu ke arah rusuhan selepas Juventus mendapatkan khidmat bintang Fiorentina, Roberto Baggio.
Schillaci diselamatkan oleh polis dan sebenarnya tidak terlibat dalam insiden tersebut cuma berada di tempat dan waktu yang salah. Begitu pun, keadaan berubah pada musim panas apabila muncul penjaring terbanyak Piala Dunia 1990.
Penyerang Itali itu tidak pernah mendapatkan pendidikan formal di sekolah dan membesar dalam kemiskinan di jalanan memulakan kariernya seawal usia sembilan tahun apabila memperoleh 1.50 pound (RM8) untuk satu gol dijaringkan ketika mewakili kelab amatur.
Schillaci terpaksa memilih laluan sukar namun pemain yang lebih dikenali sebagai Toto – versi ringkas nama Kristian – menjadikan Piala Dunia 1990 yang diadakan di Itali sebagai milik peribadinya.
Enam gol sudah cukup untuk memastikan Kasut Emas menjadi miliknya dan berdasarkan anugerah tersebut telah menjadikannya sebagai pemain terbaik dan hero walaupun tuan rumah tersungkur di peringkat separuh akhir.
Menentang Argentina di Naples sambil disaksikan oleh seluruh penduduk Itali dan dunia, Schillaci menjaringkan gol pembukaan. Impian untuk mara ke final sudah diterbitkan namun jaringan penyamaan Co telah memaksa pemenang ditentukan melalui penalti. Tuan Rumah tewas dalam penentuan penalti.
Menamatkan kejohanan berprestij itu di tempat ketiga apabila menjaringkan satu gol untuk pasukannya ketika menewaskan England membuatkan Schillaci sebagai penjaring terbanyak bernilai dalam Piala Dunia 1990.
Selain menerima kasut emas dia juga dianugerahkan bola emas serta pemain terbaik kejohanan.
Begitu pun, 1991 menyaksikan penampilan terakhirnya bersama Itali. Skuad The Azzurri tersingkir daripada Kejohanan Euro 1992. Aksi terakhir Schillaci bersama Italy ketika menentang Bulgaria dalam aksi persahabatan. Dia menjaringkan tujuh gol daripada 16 perlawanan.











