ALOR SETAR 14 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kesediaannya untuk sekali lagi menerajui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mukhriz Tun Mahathir Menurut Mukhriz, pihaknya bagaimanapun perlu menyerahkan kepada rakyat negeri ini khususnya penyokong Lang Merah dan persatuan berkenaan sama ada mahu mencalonkannya untuk merebut jawatan Presiden KFA atau tidak. “Saya terbuka, di bawah…










