Mukhriz mahu penjawat awam negeri bersama bantu wujudkan Kedah Baharu - Utusan Malaysia

Mukhriz mahu penjawat awam negeri bersama bantu wujudkan Kedah Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mahu penjawat awam kerajaan negeri agar bersama membantu beliau dalam mewujudkan sebuah Kedah Baharu, selaras dengan semangat Malaysia Baharu di peringkat persekutuan. 

Beliau berkata, ini bertepatan dengan harapan dan impian rakyat untuk melihat perubahan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. 

“Menjadi menteri besar sebanyak dua kali memberikan saya satu perspektif yang lebih menyeluruh mengenai keikhlasan dan kesetiaan warga pentadbir dalam menjalankan tanggungjawab kita bersama demi negeri Kedah yang kita sayangi ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita membina suatu budaya yang baharu. Budaya pemangkin kepada kejayaan. Budaya yang tidak lagi sarat dengan amalan-amalan lapuk yang membelenggu kita daripada mencapai kejayaan hidup,” katanya ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 3,000 penjawat awam pada program Bicara Integriti di Wisma Darul Aman di sini hari ini. 

Mukhriz berkata, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam titahnya sebelum ini juga menekankan mengenai pentingnya setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan dirancang dengan teliti agar manfaatnya dapat dinikmati dan dikecapi oleh rakyat. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN