Mohd. Shukri tidak gembira tawaran KP SPRM - Utusan Malaysia

Mohd. Shukri tidak gembira tawaran KP SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull memberitahu beliau tidak gembira apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanya adakah beliau menerima tawaran sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mula bertugas keesokannya.

Menurut Mohd. Shukri, beliau yang tidak mampu berkata tidak apabia berhadapan Dr. Mahathir dan telah meletakkan satu syarat sebelum menerima tawaran tersebut iaitu mahu menyelesaikan tugasnya yang masih belum selesai.

“Saya hendak tolak pun susah sebab saya lebih muda daripada Tun yang umurnya jauh lebih tua dan masih bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sedangkan saya sudah gembira selepas bersara kerana boleh berehat di rumah dan menjaga seorang cucu perempuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini