Mohd. Shukri diminta buat laporan polis - Utusan Malaysia

Mohd. Shukri diminta buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull diminta membuat laporan polis berhubung ugutan nyawa yang diterimanya ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn. Bhd. bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya ada aduan yang mengancam pihak polis akan melakukan siasatan.

“Kalau ada perkara yang mengancam tidak kira dia (Shukri) Ketua Pesuruhjaya SPRM atau tidak, polis akan akan siasat dan hasil siasatan akan dikemukan kepada pihak bertanggungjawab.

“Kalau ada prima facie tindakan akan diambil, jika dia (Shukri) merasakan diri diancam dia perlu buat laporan polis dan kita kan lihat hasil siasatan,” katanya pada sidang akhbar pertama selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri di sini hari ini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shukri dalam sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, beliau menghadapi tekanan yang amat hebat sepanjang diberi tanggungjawab menyiasat kes yang turut menarik ramai. 

Antara cabaran dalam siasatan itu termasuk saksi dilarikan, saksi diambil pihak luar selain pelbagai ugutan.

“Saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bersara awal, dicutikan dan dibekukan, tapi saya bernasib baik dapat ketua yang baik iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim yang memihak pada saya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN