Mohd. Shafie mengadap Tun Juhar - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie mengadap Tun Juhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Rombongan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba di Istana Negeri di sini pada pukul 4.05 petang.

Bagaimanapun, tujuan sebenar kunjungan Mohd. Shafie bersama rombongannya hadir mengadap Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin masih belum dikenalpasti.

Kira-kira 100 penyokong Warisan turut memenuhi pintu gerbang Istana Negeri sambil melaungkan slogan dan mengibarkan bendera parti terbabit.

Terdahulu, Mohd. Shafie Apdal tidak bersetuju dan menentang pembentukan kerajaan negeri baharu hasil gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Dakwa ahli Parlimen Semporna itu, kerajaan negeri baharu berkenaan tidak mendapat mandat mutlak daripada rakyat tempatan dan dibentuk atas kapasiti jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencukupi. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×