Mohamed Apandi muncul di pejabatnya - Utusan Malaysia

Mohamed Apandi muncul di pejabatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilihat muncul di bangunan Jabatan Peguam Negara di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi walaupun status jawatannya kini masih tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang mungkin terlibat dalam salah laku khususnya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk Mohamed Apandi.

Difahamkan, Mohamed Apandi mungkin akan disiasat kerana dipercayai membuat keputusan yang salah semasa berada dalam kerajaan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa ini, negara tiada Peguam Negara dan sedang menimbang beberapa nama untuk mengisi jawatan itu.

Perdana Menteri ketujuh itu juga telah mengarahkan pihak polis untuk mendeklasifikasikan laporan audit 1MDB daripada Akta Rahsia Rasmi 1972. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×