Mohamed Apandi didesak letak jawatan Peguam Negara - Utusan Malaysia

Mohamed Apandi didesak letak jawatan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa untuk meletakkan jawatannya secara terhormat bagi mengelak dikenakan tindakan pemecatan yang lebih memalukan.

Ujar Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tindakan Mohamed Apandi yang masih enggan melepaskan jawatannya sejak tiga minggu lalu adalah sesuatu yang tidak molek.

“Lebih-lebih lagi keputusan pada 9 Mei itu bukan sahaja menunjukkan rakyat menolak Datuk Seri Najib Razak malah, rakyat juga hilang keyakinan terhadap Mohamed Apandi selaku Peguam Negara.

“Mohamed Apandi juga tidak seharusnya memperalatkan kelemahan perlembagaan atau sengaja melengahkan perletakan jawatannya kononnya untuk meneruskan khidmat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kit Siang berkata demikian bagi menegaskan kedudukan Mohamed Apandi tidak lagi boleh dipertahankan.

Kit Siang merupakan individu ketiga yang mendesak Mohamed Apandi meletakkan jawatannya selepas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh diikuti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo turut berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN