Mohamad Sabu mohon maaf - Utusan Malaysia

Mohamad Sabu mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Menteri Pertahanan yang baharu dilantik, Mohamad Sabu memohon maaf kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

Mohamad yang memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan hari ini berkata, beliau masih dalam proses memahami aspek protokol ketenteraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

“Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan,” kata Mohamad.

Dalam satu kenyataan di Facebook Mohamad berkata, beliau akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia..-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini