SEPANG – Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pesawat khas, penerbangan AI OO1 dari Indonesia, membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 11 pagi. Beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar. Perdana…










