Modi berlepas ke Singapura selepas kunjungi Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Modi berlepas ke Singapura selepas kunjungi Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Perdana Menteri India, Narendra Modi berlepas ke Singapura petang ini selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed di Putrajaya dalam persinggahan singkat beliau ke Malaysia hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat khas yang membawa Modi, Penerbangan AI OO1, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada  kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum berlepas, Modi menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya KLIA.

Selepas mengadakan pertemuan selama kira-kira 30 minit, Modi, Wan Azizah dan Anwar bergambar kenangan dengan staf Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.

Wan Azizah dan Anwar mengiringi  Modi ke upacara perbarisan kawalan kehormatan oleh  26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Abdul Munir Mohani @ Che Umar sebelum pemimpin India itu menaiki pesawat untuk berlepas ke Singapura . – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini