THE HAGUE 25 Mei – Belanda dan Australia menegaskan Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine pada 2014, kenyataan yang bakal membawa kepada tindakan undang-undang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Belanda, kedua-dua negara itu mendakwa Rusia memikul tanggungjawab bersama menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) berkenaan. Kedua-dua negara itu mengeluarkan kenyataan sehari selepas para penyiasat merumuskan bahawa peluru berpandu BUK yang menembak jatuh pesawat berkenaan adalah milik briged ketenteraan Rusia di Kursk. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya