Menunggu 100 hari - Utusan Malaysia

Menunggu 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI kerajaan Malaysia yang baharu mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah lima tahun akan datang, ia menunjukkan inilah kehendak rakyat dan juga tentunya ketentuan Allah SWT.

Rakyat dengan penuh debar menanti apakah 100 hari yang dijanjikan perubahan itu dapat dilaksanakan. Kami rakyat Malaysia berkeyakinan penuh Pakatan Harapan boleh melakukannya berasaskan pemimpinnya yang luas pengalaman dan pernah memerintah sebelum ini,

Juga terima kaish kepada Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 61 tahun. Segala pengorbanan untuk memajukan negara selama ini telah dilaksanakan dengan berkesan. Apapun selepas ini BN ada tugas lebih besar dan berat untuk menjadi pengimbang kepada kerajaaan yang baharu sebagaimana yang dilakukan oleh pehak pembangkang sebelum ini.

Terima kasih juga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Jasa beliau tetap dikenang oleh rakyat Malaysia dan sentiasa mendoakan bekas Perdana Menteri itu tabah dan sabar meniti hari-hari mendatang.

DZANMUO

Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN