Pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan tiba-tiba menjadi polemik. Kumpulan liberal menggerakkan ‘protes’ dengan melancarkan memorandum bantahan secara maya. Rata-rata mereka menyatakan rasa sangsi terhadap pelantikan dan mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Menteri Pendidikan seperti yang diumumkan sebelum itu. Namun Dr. Mahathir terpaksa akur untuk tidak memegang portfolio Pendidikan tersebut ekoran bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang tidak membenarkan seorang…