Mengapa masih serbu rumah saya - Victor Chin

Mengapa masih serbu rumah saya – Victor Chin

VICTOR CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan berhubung serbuan ke atas beberapa premis miliknya, baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan itu walaupun telah memberi kerjasama penuh ketika pulang ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan pada 29 Disember lalu.

Beliau berkata, kerjasama itu diberikan selepas diminta bagi membantu siasatan berkaitan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan dirinya.

Katanya, beliau telah memberi keterangan penuh kepada PDRM dan direman selama tiga hari di bawah Pasukan Petugas Khas, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) sebelum dibebaskan selepas tempoh tersebut tamat.

“Pasukan petugas berkenaan juga maklum mengenai lokasi keberadaan saya dan mempunyai saluran untuk menghubungi saya pada bila-bila masa. Justeru, mengapa masih ada keperluan untuk menyerbu rumah saya?

“Pihak berkuasa manakah pula yang akan datang seterusnya, dan berapa banyak lagi agensi yang akan terbabit dalam perkara ini?

“Saya juga sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dengan menjelaskan secara terperinci peranan serta kedudukan saya dalam perkara ini yang sepatutnya sudahpun diketahui pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Victor menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai sebahagian daripada kumpulan ‘mafia korporat’ seperti yang dilaporkan beberapa media kebelakangan ini.

Beliau berkata, mafia korporat merupakan satu kumpulan yang benar-benar wujud, namun beliau bukanlah individu yang menjadi dalang di sebalik kegiatan tersebut.

Katanya, beliau merupakan mangsa kepada mafia korporat tersebut dan berhasrat membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan tidak berasas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN