BENTONG 9 Mei – Seorang pereka arca, Haffadzi Che Ros, 40, berbasikal sejauh lima kilometer bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat mengundi dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong di sini hari ini. Apa yang lebih unik, basikal yang digunakannya itu merupakan buatan sendiri yang dihasil dan direkanya sejak dua tahun lalu. “Saya tidak kisah dan lebih mudah berbasikal ke pusat pengundian. Apa yang lebih penting tanggungjawab sebagai mengundi perlu…