KECEMERLANGAN menjadi aspirasi utama bagi setiap organisasi. Malah kita sering mendengar ungkapan tidak ada pencapaian melainkan pada tahap kecemerlangan. Universiti sebagai taman ilmu dan pemikiran mesti mengamalkan budaya kecemerlangan untuk terus berfungsi menjana insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi hab inovasi dan kreativiti serta menyumbang bakti kepada masyarakat dan industri. Perubahan semasa telah banyak menggugah nilai dan budaya kerja. Lebih-lebih lagi, era digital memperlihat tugas manusia banyak diambil alih oleh…










