MELAKA 26 Mei – Pakatan Harapan (PH) negeri akan akur dengan tawaran yang dilakukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu apabila mereka bersedia mengehadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.
![]() |
|
Adly Zahari
|
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, di peringkat negeri ini, beliau sendiri akan membuat ketetapan bahawa jawatannya itu memang untuk dua penggal sahaja dalam mesyuarat Exco yang akan datang.
“Jadi, masa itu cukup bagi kita untuk berkhidmat. Itu sebab bagi seorang Ketua Menteri, setiap hari itu penting bagi dia kerana peluang untuk dia berkhidmat hanya dalam tempoh itu.
“Kalau kita gunakan konsep ini, semua orang diberikan tempoh masa serta berkhidmatlah untuk tempoh itu dan selepas daripada itu kita yakin ada orang lain yang boleh menggantikan kita untuk masa yang akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tempoh jawatan Ketua Menteri Melaka sama ada akan mengikuti Pulau Pinang serta Negeri Sembilan yang mengehadkan jawatan Menteri Besar kepada dua penggal sahaja. – UTUSAN ONLINE












