PASIR GUDANG 10 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tewas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau tewas kepada calon gabungan pembangkang PKR, Hassan Karim dengan majoriti 24,726 undi. Mohamed Khaled memperoleh 36,889 undi, Hassan Karim (61,615 undi) manakala calon Pas, Ab. Aziz Abdullah (6,278 undi) dan calon Bebas, Chee Jock (227 undi). Sementara…









