KUALA TERENGGANU 14 Mei – Menteri Besar Terengganu yang ke-15, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini memulakan tugas secara rasmi selepas dilantik Khamis lalu. Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.50 pagi di pusat pentadbiran negeri, di Wisma Darul Iman, kemudiannya mengetip kad perakam waktu menandakan hari pertama beliau bertugas. Hadir mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu ialah isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman di samping Presiden Pas,…










