MB Perak umum portfolio untuk 10 Exco - Utusan Malaysia

MB Perak umum portfolio untuk 10 Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan portfolio untuk 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik pada Sabtu lalu. 

Portfolio tersebut dilihat hampir sama seperti yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini namun terdapat sedikit pindaan. 

Berikut senarai Exco dan portfolio yang dipegang masing-masing: 

Ahmad Faizal Azumu (Menteri Besar) – Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Abdul Aziz Bari – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan

Asmuni Awi – Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan

Abdul Yunus Jamahri – Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan

Tan Kar Hing – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Howard Lee Chuan How – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan

Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim – Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi 

A. Sivanesan – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia

Yong Choo Kiong – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu 

Wong May Ing – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN