KUALA LUMPUR 11 Mei – Penemuan mayat seorang wanita Indonesia di bawah katil di sebuah rumah teres di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini malam tadi merungkai misteri bau busuk yang mengganggu jiran tetangga di situ sejak tiga hari lalu. Mayat pekerja restoran berusia 30 tahun itu ditemukan sepasukan polis pada pukul 7 malam selepas mendapat aduan daripada penduduk di situ. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan…










