Mayat terakhir bot karam dijumpai - Utusan Malaysia

Mayat terakhir bot karam dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU – Mayat terakhir tragedi bot karam di Sungai Kanowi, Nanga Ensiring dijumpai pukul 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Bidol Noyeng berkata, mayat Eviline Lintty Kaya, 23, dijumpai di kawasan Lubuk Tabau, Sungai Kanowit.

“Semua mayat sudah dijumpai dan operasi dihentikan serta merta,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, mayat dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga sekeluarga hilang selepas bot dinaiki karam dihanyut arus deras di lokasi itu pada 25 Mei lalu.

Mayat pertama, Lenny Igang, 54, dijumpai pada 25 Mei pukul 12 tengah hari, manakala mayat kedua iaitu kanak-kanak berusia 6 tahun, Kelvin Sama Markus dijumpai pukul 7 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN