JULAU – Mayat terakhir tragedi bot karam di Sungai Kanowi, Nanga Ensiring dijumpai pukul 7.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Bidol Noyeng berkata, mayat Eviline Lintty Kaya, 23, dijumpai di kawasan Lubuk Tabau, Sungai Kanowit. “Semua mayat sudah dijumpai dan operasi dihentikan serta merta,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, mayat dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga sekeluarga hilang selepas bot dinaiki karam…










