YALA – Seorang lelaki dan seorang wanita mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di sebuah rumah di daerah Benang Setar, Yala, selatan Thailand kira-kira pukul 10 malam tadi waktu tempatan. Mangsa yang merupakan pemilik rumah terbabit dikenali sebagai Yanainah Matrano berusia 30 tahun, dan pengunjung, Matrapi Lakok, 25 tahun. “Kedua-dua mangsa ditembak senapang M-16 dan senjata berkaliber 11mm di bahagian kepala dan badan,” kata Ketua Polis Yala Mej Jen Krisada…










