Mayat lelaki terjun sungai ditemukan di tepi jeti rumah sendiri - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terjun sungai ditemukan di tepi jeti rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU 27 Mei – Mayat seorang lelaki yang terjun ke dalam Sungai Batang Kayan semalam ditemukan oleh abangnya sendiri di tepi jeti rumah mangsa, sebentar tadi.

Dalam pukul 1.24 petang tadi, mayat mangsa, Mohamad Norrahim Hipni, 29, ditemukan tiga kilometer (km) dari tempat dia terjun iaitu di Pangkalan Haji Mahyan, Lundu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, operasi mencari dan memyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua, ditamatkan pada pukul 2.20 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi ini melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan lapan anggota diketuai Chong Bui Chyan.

“Selain itu, agensi-agensi lain  yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ialah polis dengan lima anggota dan pegawai, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 10 penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, lelaki itu dikatakan tiba-tiba terjun ke dalam Sungai Batang Kayan dari Pangkalan Haji Mahyan, Lundu pada kira-kira pukul 2.37 pagi.

Penduduk kampung bersama keluarga mangsa berusaha mencari di lokasi namun gagal menemukan lelaki berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini